Pages

Sunday, 12 September 2010

Cinta Tak Kesampaian

Dulu main intai-intai , pandang - pandang , senyum - sinyum , sipu -sipu sampai Dr Richard Tozer lecturer aku pun boleh perasan ngan gelagat kita orang masa tu. That is when I was in my first year in Sheffield. Cane leh perasan ?


Mana tak nya , biasa masa lecture dalam hall besar yg boleh muat like 300 students, dia dok seat depan and aku dok seat a bit belakang dari dia. Dia biasa toleh-toleh belakang , pandang arah aku (*blushing sket, haha) - okay, ayat cover, maybe dia pandang Sofia kot...lalala ~ but then aku pun intai2 la juga, tapi nampak dia nak toleh belakang tu aku buat2 pandang Tozer. Kelas kita orang satu je sama, dengan Dr Tozer, pastu ada satu kelas ni, dia pandang belakang , aku pandang depan wat bodoh je. Pastu dia pandang depan , aku pandang dia. Dah few times macam tu Dr Tozer pandang aku and dia, pastu dia senyum. Ouch...! Malu..nyee

 Gedik kan?

Selama satu kelas math dengan dia masa 1st sem, sampai satu kelas analog masa 2nd sem, aku selalu ingat dia bukan Islam. Mamat Jepun or Korea camtu. Cuba-cuba la cari nama dia dalam name list Math, but tak jumpa.

Pastu, tetiba masa 2nd sem dia datang kat aku. Feuh, dada memang dub dab dub dab la. Berdebor! kekeke.

Dia :Do you celebrate Naukah day?

Aku : Sorry ?

Dia : Naukah day

Aku : ............... still blurr - then aku ingat masa tu orang sambut Hari Daffodil. So aku assume dia sebut Daffodil bukan Naukah Day.  - Er..yeah...what celebration is it?

Dia : It's the prophet's birthday.

Aku : Prophet...?  - mamat ni tanya prophet mana ni ? Dia agama apa? ah confuse!

Dia : Are you Muslim ?

Aku : Yes, I am. Are you ?

Dia : Of course

Aku : Owh...I thought you are Korean or Japanese. Where are you from?

Dia : K*****

Aku : How many muslim there?

Dia : -dengan muka separuh terkejut - It is a Muslim country  - tegas muka dia. Agak terkilan mungkin sbb aku tak tahu.

Aku : Owh.... - dalam hati, terus aku nekad nak hafal semua negara2 Islam , sigh!

Tetiba kekawan aku yg perempuan datang. Dia terus minta diri sebab malu mungkin. Sigh, geram plak aku dalam hati sebab kacau daun. Aku yg baru nak kenal Encik yg aku suka tu.Kawan aku tanya kenapa, pastu aku gitau pasal dia tanya about birthday nabi. and bla bla bla ~

Dah berjuta kali tau aku rasa aku and dia cuba nak bercakap especially masa stay after lecture untuk tanya soalan. Sambil-sambil menyandar kat meja paling depan, dari jarak 3m tetiba makin dekat, makin dekat, jadi 1 m. Aku pun rasa kelakar.Pastu main pandang-pandang. Tozer pun turut sama senyum.

Bila masuk 2nd year, kan dah kata, I changed. Aku mana pandang laki masa 2nd year.haha.So that was the end. Ada la aku jumpa dia selalu je sampai aku 3rd year sbb dia habis on 3rd year, amek Bachelor bukan Master.Masa end 2nd year kot, dia dah ada permata hati, and by that time aku pun ada org Melayu yg aku suka lah. So we met and pandang biasa sahaja...tapi ironinya memang aku tak pernah tegur dia. Macam biasalah muka sombong aku kan ? -senyum -

But bila dia dah habis study dah balik his own country, jumpa kat FB, and contact balik, but then sebagai kawan lah kan..cumanya he reminds me of a silence love ( love ke? ke fancy? mana2 lah) . Sometimes, u are too scared to face failure, tapi kalau tak diluahkan maknanya we are burying it deep down to be forgotten.

Selalu juga bila cinta datang menayangkan diri, kita (*aku lah sbenarnya tu) , kita sibuk dengan pride hingga sombong yg di tayang di sangka harga mahal sebuah cinta. Sedangkan dalam hati ada kata mahu, cuma berat mulut dan bahasa badan mahu menayangkan rentak yg sama. Cerita aku bukan berkisar pada aku dan dia, tapi makna di sebalik cinta yg berlaku. 

Kisah aku dan dia, banyak lagi, tapi biar sampai di sini sahaja supaya makna tulisan dapat di telan...  =)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails