Awak Suka Saya Tak ?
Itu soalan yg dilontarkan oleh Muhammad Hilman Yong. Lelaki yg memilih untuk menjadi Muslim, kembali kepada fitrah asalnya. Kembali kepada janji dia dengan Tuhannya sebelum dia tiupkan kedalam janin lelaki, di dalam rahim perempuan amarika kacukan korea dan bersuamikan cina Malaysia, dan membesar dan dibersarkan tanpa diberitahu mengenai Islam, sehingga dia ke Taiwan dan menemui Islam di sana sebelum menyambung pengajian di Sheffield University dalam MBA.
Hidayah itu milik Tuhan. dan kita wajar memintanya.
Hilman Yong yg MEMILIH untuk patuh pada Allah swt. Tidak seperti aku, atau kamu. Yang ditakdirkan Tuhan untuk lahir kedunia diingatkan mengenai Islam. Diajarkan tentang Islam. Namun masih hidup utk tidak memilih Islam secara sepenuhnya.
Dia yang masih meletakkan ibunya ke 3 selepas Allah dan Rasul. Bicaranya penuh hemah. Hemah bicara seseorang bergantung pada ilmu yg dikandung dalam jiwanya. Jiwa, bukan minda. Ada beza antara kedua-duanya. Ilmu yg terkandung dalam kotak minda masih belum tentu digunakan, diaplikasi dan dijadikan panduan. Ilmu yg terterap di jiwa akan menusuk hingga ke seluruh pancaindera. Perbuatan, percakapan, pendengaran si pemilik ilmu.
- kenapa tanya 'awak suka saya?' kenapa bukan 'do you love me?' atau katakan saja 'i love you'-
hmm...lebih sopan. lebih manis untuk kita yg masih belum ada ikatan. cinta itu bagi saya untuk orang yg halal dan sah iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita baru saya nak cakap I love you.
- kenapa tak datang pada saya ? -
Saya bukan hamba cinta. Saya hamba Allah swt. Saya tidak mahu terlalu mengejar cinta awak Biarlah awak datang sendiri pada saya dengan izinNya
-kenapa terlalu cepat. Saya masih belum mengenali awak sepenuhnya. sedalamnya ?-
( Perlu DATE dulu before kawin? Nope)
mereka tetapi mengangkat darjat seorang wanita ketahap yang lebih mulia dan terpelihara.
Cantik ciptaan Allah swt. Cantik juga takdir Dia. Kita biasa lalui perjalanan yang pelbagai, meredah pelbagai kesilapan, dan juga perkara yg betul. Allah swt telah meletakkan sunnatullah sebagai undang-undang, mantik kehidupan. When we do mistake, Allah biarkan kita melakukannya bukan kerana tidak sayangkan kita, tapi kerana Dia tahu itu jalan yg lebih baik untuk kita BELAJAR mengenai kehidupan. =)
Continue Reading If You Want
Kalau dilihat zaman Rasulullah swt, para sahabat adalah dari golongan yang revert (ya REVERT bukan CONVERT! as i told earlier, mereka KEMBALI kepada janji mereka pada Tuhan sebelum ditiupkan ke janin manusia).
Abu Bakar As-Sidiq
Umar bin Khatab
Utsman bin Affan
Abu Dzar Al_Ghifari
Salman Al-Farisi
Abdur Rahman bin Auf
Semuanya adalah mereka yang REVERT. Yes, Islam baru diwahyukan pada Rasulullah swt, jadi mereka yang menaikkan Islam tika itu adalah orang yg sudah lama beragama lain,menyembah patung dan berhala tapi akhirnya MEMILIH untuk mencintai Allah swt.
Mereka bukan calang-calang orangnya. mereka individu yg hebat, lihat saja Saidatina Khadijah ra. Dia seorang janda kaya yg dihormati kerana darah keturunannya dan empayar perniagaannya. Uthman bin affan. Abu Bakar bin Sidik. Abu Ayub Al Ansari adalah ahli perniagaan yg hebat. Umar bin Khatab digeruni kerana kepimpinannya dan kehebatan di medan perang.
Zaman kini ramai individu hebat yg REVERT. Yang apabila mereka memilih Islam they become PROUD of it. They tell others about it. They STAND for it. Like these names : Click Here
Kenapa kita tidak hebat. kerana kita tidak memilih Islam. Kita hanya dilahirkan dalam Islam.
- Masuklah kamu ke dalam Islam SEPENUHNYA -


0 comments:
Post a Comment